KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menghadiri majlis Sarawak Energy Berhad Vendor Awards (SEVA) 2023 di sini pada Selasa malam tadi.
Dalam majlis tersebut, beberapa kategori anugerah telah disampaikan seperti Vendor Karya Terbaik, Pembekal Terbaik, Pembekal Perkhidmatan Terbaik, Perunding Tempatan Terbaik, Perunding Antarabangsa Terbaik, Vendor Bumiputera Terbaik dan Vendor Bumiputera yang Berdaya Saing.
Premier turut menyampaikan anugerah kepada para pemenang.
Turut hadir di majlis berkenaan adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Dato’ Idris Buang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abg Hipni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan II Dr Ripin Lamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datu Sharbini Suhaili.
Sumber dari : Sarawakku